Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lagu Rakyat Sambut Ketibaan Presiden Jokowi Di Kedutaan Indonesia

KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Joko Widodo (empat dari kiri) bersalaman dengan rakyat Indonesia setibanya di Kedutaan Indonesia pada program "Silaturahim Presiden Republik Indonesia Bapak Joko Widodo dengan Masyarakat Indonesia di Malaysia" di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Joko Widodo (empat dari kiri) bersalaman dengan rakyat Indonesia setibanya di Kedutaan Indonesia pada program “Silaturahim Presiden Republik Indonesia Bapak Joko Widodo dengan Masyarakat Indonesia di Malaysia” di sini, hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Lagu khas genre ‘rakyat’ yang diubah suai liriknya, menggamatkan Dewan Hasanuddin Kedutaan Besar Indonesia, di sini hari ini ketika majlis sambutan ketibaan Presiden Indonesia Joko Widodo diadakan.

Lagu dicipta kumpulan koir dari Sekolah Indonesia Kuala Lumpur (SIK) itu didendangkan sebaik Joko, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, dan isterinya Iriana, tiba kira-kira pukul 6.15 petang.

Bait-bait lagu seperti “Pak Jokowi siapa yang punya” dan “Ibu Riana siapa yang punya” turut disambut lebih 300 masyarakat Indonesia yang hadir dengan lirik “Yang punya Indonesia”.

Guru muzik SIK, M.Dendang Soleh berkata lirik lagu berkenaan dicipta khas bersempena program pertemuan Presiden Indonesia itu bersama masyarakat Indonesia pelbagai latar belakang di sini.

“Musiknya (muzik) mirip kepada lagu-lagu yang selalu dimainkan di festival-festival pengakap begitu… musik lama, musik kanak-kanak, tetapi boleh menaikkan semangat bila didendangkan,” katanya kepada Bernama.

Sebaik tiba, Jokowi dan isteri bersalaman dengan kesemua tetamu yang hadir.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau berjanji kerajaan akan seboleh mungkin menyelesaikan segala masalah warga Indonesia walau di mana jua.

Majlis kasual berkenaan turut menjadi platform bagi hadirin menyampaikan masalah berkenaan isu yang mereka hadapi di Malaysia secara terus kepada Jokowi.

Antara lain ditimbulkan mereka termasuk berkenaan isu permit pekerja, visa pelajar dan masalah produk palsu Indonesia yang dikatakan banyak terdapat di pasaran Malaysia.

Dalam menjawab isu berkenaan, Jokowi turut berjanji membawa isu berkaitan ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan