Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lagi upacara Monolob dan Monogit Akinabalu

Amann Sirom (tengah) dan enam pembantunya melakukan upacara Memurinait - foto Dewiana Tinggolongon / SayangSabah
Amann Sirom (tengah) dan enam pembantunya melakukan upacara Memurinait – foto Dewiana Tinggolongon / SayangSabah
RANAU- Upacara adat istiadat ‘Monolob dan Monogit Akinabalu’ oleh etnik Dusun Tindal Tatagas dan Dalus Kampung Bangkahak Kota Belud yang diadakan selama tiga hari telah bermula pada hari ini.
Upacara tersebut diadakan dengan penuh istiadat Bobolian dan diadakan di Resort Kiram Mosilau Kundasang.
Ia bertujuan mengadakan `komunikasi’ sambil `memohon ampun’ serta `keselamatan’ daripada penjaga Gunung Kinabalu ‘Aki om odu Nabalu’ agar memberi perlindungan kepada penduduk daripada sebarang bencana alam.
Upacara itu diketuai oleh Tindarama Amann Sirom Simbuna OT Tarantap, 62 dari kampung Bangkahak Kota Belud bersama dengan enam rakannya memulakan acara ‘Momurinait’ (Membaca mentera) dan ‘Momulangga Kinoyonon’ (membersihkan tempat).
Setelah itu, ia disusuli dengan upacara ‘Monolob do Narangkai’, ‘Polubuk do 6 manuk’,’Polubuk do iso kambing’ dan ‘korindawanan Tindarama Tantagas’.
Seekor kambing dan lima ekor ayam putih telah disembelih semasa upacara itu dilangsungkan.
Antara kumpulan etnik yang terlibat dalam upacara itu termasuk etnik tambanuo dari Pitas, Kimaragang (Kota Marudu), Tobilung (kota Marudu), Dusun Tindal (Kota Belud) dan Kadazan dari Kimanis dan Papar.
Amann Sirom berkata, upacara yang diadakan pada hari ini juga bertujuan untuk memulihkan hubungan diantara baik dengan pencipta alam dan meminta ‘Rogon’ (Roh Jahat) yang menyebabkan masalah berlaku dijauhkan dari penduduk.
“Upacara ini juga untuk mengingatkan perjanjian diantara nenek moyang dengan pencipta alam yang telah dimenterai dari dahulu kala,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan