Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lagi rumah kongsi terbakar

Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah kongsi di Batu 8, Jalan Pasti Segar di Sandakan.
Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah kongsi di Batu 8, Jalan Pasti Segar di Sandakan.


SANDAKAN- Sebuah rumah kongsi yang didiami pekerja sebuah syarikat di Batu 8, Jalan Pasti Segar di sini musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada pagi Rabu.

Rumah kongsi yang dihuni seramai 28 orang itu mempunyai 10 pintu dimana sembilan daripadanya musnah keseluruhan, manakala satu lagi pintu telah terbakar 80 peratus.

Selain itu, kebakaran juga telah merebak dan menjejaskan sebahagian kecil sebuah lagi rumah yang terletak berhampiran. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi, Haikal Jammy Ngali bersama 10 anggota dan tiga lojistik dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.26 pagi.

Operasi selesai sepenuhnya pada jam 11.13 pagi. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.- AA/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan