Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lagi PTI ditangkap

OP NYAH BERSEPADU... Antara pekerja warga asing di tapak pembinaan yang diperiksa dalam Op Nyah Bersepadu.
OP NYAH BERSEPADU… Antara pekerja warga asing di tapak pembinaan yang diperiksa dalam Op Nyah Bersepadu.

KOTA KINABALU – Seramai 170 orang warga asing ditahan dalam operasi bersepadu yang diadakan di kawasan tapak pembinaan Menara Hup Seng, di sini semalam.

Daripada jumlah itu, 17 orang ditangkap selepas didapati tidak memiliki dokumen sah yang kemudian dibawa ke Lokap Berpusat untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959.

Operasi bersepadu yang diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang itu turut menangkap sembilan lelaki selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, semua suspek terbabit disiasat mengikut Seksyen Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi bersepadu itu disertai dua orang pegawai polis dan 101 anggota pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis, Jabatan Imigresen, Rela dan Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membanteras masalah pendatang tanpa izin di daerah ini.

“Operasi itu juga bagi memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa setiap aduan atau maklumat yang diterima berhubung pendatang tanpa izin, akan diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa,” katanya lagi.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan