Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lagi pesawat tentera terhempas

10:01am 11/02/2016 Pak Roshan 3 views Global
PEGAWAI mengangkat serpihan sisa pesawat yang terhempas ke dalam trak tentera.

PEGAWAI mengangkat serpihan sisa pesawat yang terhempas ke dalam trak tentera.

Malang: Sebuah pesawat tentera Indonesia terhempas ke atas sebuah rumah di sini semalam, membunuh kedua-dua orang di dalam kapal terbang itu dan dua penghuni rumah berkenaan.

Pesawat itu dalam penerbangan penyelenggaraan rutin apabila ia terhempas berhampiran pangkalan udara Abdul Rahman Saleh di Malang, bandar berbukit di wilayah Jawa Timur, kata panglima tentera udara Agus Supriatna.

Menurutnya, juruterbang berkenaan berjaya melentingkan diri keluar dari pesawat berkenaan sebelum pesawat buatan Brazil itu, Embraer EMB 314 Super Tucano terhempas.

Bagaimanapun, juruteknik yang turut berada di dalam pesawat itu gagal berbuat demikian.

Menurut laporan, kapal terbang itu berada di udara selama 45 minit sebelum kejadian.

Mayat juruterbang itu ditemui berhampiran sawah kira-kira dua kilometer dari payung terjunnya sementara mayat juruteknik terbabit dijumpai di dalam kokpit pesawat.

Seorang lelaki dan seorang wanita yang tinggal di rumah itu mati ketika dirawat di hospital, kata Agus.

Seorang jiran yang menyaksikan kejadian itu berkata, kapal terbang berkenaan dilihat menjunam tanpa dapat dikawal apabila ia terhempas.

Pesawat ringan penyerang itu adalah satu daripada 16 yang dibeli tentera Indonesia pada 2013.

Disember lalu, dua juruterbang terbunuh apabila pesawat mereka terhempas di Jawa Tengah ketika menyertai pertunjukan udara.

Pada Jun, sebuah pesawat Hercules C-130 terhempas di kawasan kediaman di Medan, bandar terbesar di Sumatera, menyebabkan 142 orang mati dan kemusnahan besar. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan