Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lagi pengiktirafan Hotel Tanpa Sampah

ucapan...Abidin berucap sempena pengiktirafan hotel Tanpa Sampah di Hotel Grandis
ucapan…Abidin berucap sempena pengiktirafan hotel Tanpa Sampah di Hotel Grandis

KOTA KINABALU – Amalan mengasingan sisa makanan dari sisa-sisa domestik lain amat digalakkan untuk mengelakkan masalah bau busuk serta menjadi sumber makanan kepada lipas, tikus dan lalat.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, sudah tiba masanya perkara itu diberi perhatian bagi meningkatkan lagi kesejahteraan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Saya berharap dengan pengiktirafan itu dapat memberikan satu suntikan baharu kepada seluruh warga hotel untuk terus bergiat aktif dalam memerangi aktiviti pencemaran dan pembuangan sampah di merata tempat,” katanya ketika berucap dalam majlis pengiktirafan Grandis Hotel dan Resort Suria Sabah sebagai Hotel Tanpa Sampah, di sini hari ini.

Menurut Abidin, pihaknya berbangga atas usaha pihak Hotel Grandis dan Suria Sabah dalam menjadikan hotel itu sebagai hotel tanpa sampah yang dianggap dapat membantu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memperkenalkan lagi Kota Kinabalu.

Beliau menerangkan bahawa, zon-zon tanpa sampah bermakna tiada lagi sampah dibuang di merata-rata tempat melainkan dibuang ke dalam tong sampah.

Tambahnya , hotel tersebut merupakan hotel keempat menerima pengiktirafan sebagai Hotel Tanpa Sampah sejak Kempen Anti Kutu Sampah anjuran DBKK dianjurkan pada 2008 dan telah menerima penyertaan sebanyak 110 premis perniagaan di sekitar ibu negeri.

Abidin berkata, objektif kempen itu adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional
serta menggalakkan amalan hijau dengan menggunakan beg jenis ‘bio-degradable’ atau bakul sendiri untuk membeli belah – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan