Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lagi pendatang tanpa izin ditangkap

KOTA KINABALU – Seramai 32 orang warga Filipina termasuk kanak-kanak yang disyaki pendatang tanpa izin diperiksa dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Likas dan Inanam, awal pagi Ahad.

Daripada jumlah itu, 10 orang warga asing ditangkap dan ditahan di Lokap Berpusat selepas didapati tidak memiliki dokumen pengenalan sah, mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Sementara itu, empat lelaki ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah ujian saringan air kencing terhadap mereka mendapati positif dadah.

Op Nyah Sabah yang bermula jam 3.00 hingga 8.30 pagi Ahad itu, disertai oleh 142 anggota pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Sukarelawan Polis, DBKK dan SESB serta empat pegawai polis.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan pihak berkuasa ialah kawasan setinggan di belakang bangunan Plaza Juta, Likas dan Batu 7 Inanam serta rumah kongsi KK Taipan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata pihak berkuasa akan terus menjalankan operasi bersepadu dari masa ke semasa bagi membanteras masalah pendatang tanpa izin dan kawasan setinggan di daerah ini.

“Selain itu, operasi ini juga akan disusuli dengan operasi perobohan yang akan dilaksanakan oleh pihak DBKK,” katanya di sini.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di salah satu perumahan setinggan.
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di salah satu perumahan setinggan.

Komen


Berita Berkaitan