Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lagi pendatang tanpa izin ditahan

KOTA KINABALU – Seramai 24 orang warga asing termasuk 14 kanak-kanak yang dipercayai pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak berkuasa di tiga kawasan berasingan pada awal pagi hari ini.

Operasi yang disertai 134 anggota dan empat pegawai dari pelbagai agensi penguatkuasa termasuk polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu, tertumpu di Kampung Lokub Menggatal serta kawasan setinggan di King Fisher dan Likas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, semua yang ditahan dalam operasi yang bermula jam 1.00 hingga 8.00 pagi itu kemudian dibawa ke Balai Polis Karamunsing untuk menjalani proses dokumentasi dan siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

“Pada operasi bersepadu itu, pihak berkuasa telah membuat pemeriksaan ke atas 47 orang warga asing masing-masing 43 warga Filipina dan empat dari Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa akan meneruskan operasi bersepadu tersebut dari masa ke semasa bagi membanteras kebanjiran pendatang tanpa izin di sekitar bandaraya ini khususnya di Sabah.

“Selain itu, operasi itu juga dijalankan bagi menyokong  keputusan RCI yang diumumkan pada tahun lepas,” katanya. – Oleh DEWIANA TINGGOLONGON /Sayang Sabah

Seorang anggota polis membuat pemeriksaan di salah sebuah rumah setinggan.
Seorang anggota polis membuat pemeriksaan di salah sebuah rumah setinggan.

Komen


Berita Berkaitan