Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lagi mangsa keldai akaun

keldai akaun

KUALA LUMPUR: Gelap mata dengan tawaran diberikan menyebabkan seorang lelaki sanggup menjadi keldai akaun kepada satu sindiket penipuan Internet dan pengubahan wang haram dengan menyerahkan akaun bank dan kad mesin juruwang automatik (ATM) kepada sindiket terbabit.

Sindiket terbabit berjanji akan membayar kepada mangsa dikenali sebagai Tan, 33, antara RM2,000 ke RM5,000 dan tambahan RM1,000 jika wang di dalam akaun milik mangsa berjaya diambil semula oleh sindiket itu.

Bagaimanapun pihak bank yang mencurigai transaksi di dalam akaun bank miliknya bertindak menghubungi mangsa sebelum membekukan akaun itu kerana mengesyaki Tan dijadikan keldai akaun.

Menceritakan bagaimana dia terjebak dalam kegiatan itu, Tan berkata, sekitar Julai lalu dia sedang mencari pekerjaan sebelum terlihat iklan di akhbar yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan.

“Saya kemudian membuat panggilan ke nombor dinyatakan sebelum bertemu dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ah Wong di sebuah restoran di Pandan Indah untuk sesi temuduga.

“Lelaki itu memberitahu saya syarikatnya baru beroperasi dan belum mempunyai pejabat.

“Saya kemudian menerima pekerjaan ini kerana dikaburi dengan wang komisen lumayan tanpa menyiasat latar belakang syarikat itu terlebih dulu dan saya hanya menyedari ditipu apabila pihak bank menghubungi saya,” katanya kepada pemberita ketika hadir membuat aduan di Wisma Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Tan berkata, syarat untuk diterima bekerja adalah sangat mudah dan dia diarahkan untuk memberi nombor akaun dan kad ATM, selain ditugaskan untuk mengeluarkan wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Selama dua hari bekerja sebanyak RM109,700 dimasukkan ke dalam akaun sebelum Ah Wong menghubungi saya untuk mengeluarkan wang dan menyerahkan wang itu kepadanya.

“Bagaimanapun komisen sebanyak satu peratus yang dijanjikan kepada saya tidak dilunaskan sebelum suspek menghilangkan diri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, kes ini adalah yang kelima diterima pihaknya berkaitan penipuan wang haram.

Katanya, sindiket itu akan menggunakan individu lepasan sekolah ataupun seseorang yang terdesak mencari pekerjaan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Komen


Berita Berkaitan