Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lagi cubaan halang pembinaan masjid

9:47am 31/08/2016 Pak Roshan 17 views Global
TEMBOK bata yang dibina lelaki tidak dikenali dipasang di pintu masjid yang sedang dalam pembinaan.

TEMBOK bata yang dibina lelaki tidak dikenali dipasang di pintu masjid yang sedang dalam pembinaan.

Berlin: Sekumpulan individu yang tidak dikenali menutup pintu masjid menggunakan bata selain menggunakan pelekat dengan kata-kata berunsur perkauman di sebuah pekan di timur laut Jerman.

Polis di pekan Parchim, Mecklenburg-Western Pomerania melancarkan siasatan selepas pintu masuk masjid yang sedang dalam pembinaan ditutup dengan tembok bata setinggi satu meter.

Beberapa risalah menghina turut dilekatkan pada dinding masjid berkenaan. Siasatan jenayah kini dilancarkan bagi kesalahan vandalisme serta menghasut kebencian, lapor badan penyiar Jerman, NDR.

Menurut laporan, tembok itu diruntuhkan sebelum polis sampai ke situ, namun aktivis pusat propelarian tempatan, Network for Refugees in Parchim (NRP), sempat merakam gambar dan memuat naik ke Facebook.

Penyiasat berharap gambar itu dapat membantu siasatan mereka.

Dalam laman Facebooknya, NRP berkata, kejadian itu kali kedua masjid terbabit menjadi sasaran jenayah perkauman.

Jenayah kebencian terhadap pelarian di Jerman semakin meningkat susulan dasar Canselor Angela Merkel terhadap pendatang dari Afrika Utara dan Syria.

Antara jenayah yang dilakukan ialah membakar pusat pelarian dan kemudahan pendatang lain. Pusat perlindungan pelarian di Jerman disasarkan lebih 650 kali sejak awal tahun ini, dengan kebanyakan serangan dilancarkan aktivis berhaluan kanan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan