Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lagi bangkai gajah ditemui

9:09am 16/11/2015 Pak Roshan 184 views Global
PENDUDUK kampung di Seumamah Jaya melihat bangkai gajah yang ditemui di ladang mereka.

PENDUDUK kampung di Seumamah Jaya melihat bangkai gajah yang ditemui di ladang mereka.

Jakarta: Penduduk di daerah Seumana Jaya, Aceh Timur semalam menemui seekor lagi bangkai gajah.

Bangkai gajah Sumatera berkenaan yang dipercayai berusia sekitar lapan tahun ditemui di kebun penduduk dalam keadaan membusuk.

Ia gajah kedua ditemui mati dalam masa tiga hari di Aceh Timur.

Dua hari lalu, penduduk kampung Ranto Peureulak menemui bangkai gajah betina yang dipercayai mati selepas terkena renjatan elektrik yang sengaja dipasang penduduk.

Penduduk kampung berkenaan memasang kabel elektrik dengan tujuan melindungi tanaman mereka.

Penemuan terbaru semalam menjadikan jumlah gajah yang terbunuh di Seumana Jaya sejak awal tahun meningkat kepada 12.

Bagaimanapun, hanya lima penemuan dilaporkan di media, kata seorang penduduk, Juna, 43.

Semua gajah itu dipercayai mati akibat tindakan penduduk bagi melindungi diri dan harta benda mereka.

Minggu lalu, lima rumah musnah di serang 50 ekor gajah.

Haiwan berkenaan turut merosakkan ladang koko, sawit dan jagung yang diusahakan penduduk.

Menurut Juna, gajah itu datang sebelah malam.

“Penduduk yang tidur bertempiaran lari selepas mendengar tempikan haiwan itu. Mujur tidak ada yang terbunuh,” kata Juna. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan