Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ladang Ganja Seluas 6 Hektar Ditemui Di Aceh

SEORANG anggota polis memeriksa ladang ganja yang ditemui di Aceh Utara.
SEORANG anggota polis memeriksa ladang ganja yang ditemui di Aceh Utara.

Banda Aceh – Pihak polis Aceh berjaya menemui ladang ganja seluas enam hektar di satu kawasan hutan terpencil di Uteun Punti di Sawang, Aceh Utara.

Jurucakap polis, Abdul Latif berkata, ladang ganja berkenaan ditemui selepas penduduk melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Pada pagi Sabtu lalu, pasukan kami bertolak ke lokasi dan menemui tiga ladang ganja.

“Semua pokok ganja berkenaan ditemui dengan ketinggian 30 sentimeter hingga satu meter,” katanya.

Menurutnya, tidak berpuas hati dengan penemuan itu pihak berkuasa terus membuat rondaan dan menemui beberapa lagi ladang ganja.

“Kami juga menemui beberapa pondok yang dipercayai tempat tinggal penjaga ladang berkenaan.

“Bagaimanapun, pemilik dan penjaga ladang ini tidak ditemui, dipercayai sudah melarikan diri,” jelasnya.

Menurutnya, kerana terlalu luas pihaknya mengambil masa selama dua hari untuk memusnahkan ladang ganja berkenaan. – Agensi/myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan