Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Labuan Tingkatkan Saringan Kesihatan Di Terminal Feri Dan Lapangan Terbang

7:01pm 19/09/2016 Pak Roshan 111 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

Zika-2

LABUAN : Jabatan Kesihatan Labuan meningkatkan saringan kesihatan di pintu-pintu masuk pulau bebas cukai itu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan virus Zika.

Pemangku pengarahnya Dr Zaki Ab Hamid berkata saringan kesihatan itu dilaksanakan terhadap penumpang Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang menerima penumpang dari Kota Kinabalu dan daerah pedalaman Sabah seperti Sipitang, Beaufort serta Menumbok; dari Brunei dan Limbang, Sarawak.

“Saringan kesihatan yang sama turut dilaksanakan di Lapangan Terbang Labuan, “katanya dalam satu temu bual bersama wakil Radio Televisyen Malaysia dan Bernama Labuan di sini hari ini.

Zaki menasihatkan pegawai dagang daripada sektor minyak dan gas dan pekerja Malaysia yang telah pergi ke Singapura atau negara lain yang dilanda Zika dan mengalami demam atau simptom lain supaya segera melakukan pemeriksaan perubatan dan mendapatkan rawatan.

“Di kesemua pintu masuk ini, kami memberikan Kad Kesihatan kepada pelawat yang mempamerkan simptom Zika dan risalah kepada pelancong mengenai pencegahan jangkitan Zika dan langkah berjaga-jaga,” katanya.

Zaki berkata: “Kami menempatkan anggota kami di terminal feri dan lapangan terbang untuk memantau kemasukan pelawat ke pulau ini.

Kita perlu mengambil langkah lebih berhati-hati kerana terdapat empat kes Zika di seluruh negara.

Walaupun, Labuan masih belum ada kes Zika, ia tidak bermakna kita akan bebas daripada virus itu sebab kita boleh dijangkiti bila-bila masa jika persekitaran kita menjadi tempat pembiakan nyamuk,” kata beliau.

Sehubungan itu, klinik swasta diingatkan untuk melaporkan kes berkaitan Zika kepada Jabatan Kesihatan untuk meminimumkan penularan virus itu manakala orang ramai digesa supaya memasang skrin penghadang nyamuk untuk mengelak daripada gigitan serangga itu, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan