Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Labuan Perlukan Jambatan – Badan Pengguna Labuan

6:29pm 12/12/2015 Pak Roshan 315 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

Labuan Skyline

LABUAN : Majlis Tindakan Pengguna Labuan akan terus membangkitkan masalah pengguna di sini yang memerlukan jambatan untuk menghubungkan pulau bebas cukai itu dengan tanah besar Sabah.

Presidennya Fauziah Datuk Mohd Din berkata tambahan perkhidmatan feri pergi balik dari Tanah besar dan Labuan tidak banyak membantu kerana ramai yang masih tidak dapat membeli tiket feri.

“Kami masih menerima rungutan daripada pengguna yang gagal ke tanah besar kerana tiket feri habis dijual terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan beg sekolah kepada pelajar sempena Program Kembali Ke Sekolah KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bersama pengguna di sini hari ini.

Katanya perlu ada perhatian yang serius terhadap kesan ekonomi jika jambatan itu dibina, kerana kawasan sekitar di Menumbok, Sabah dan Labuan akhirnya akan mendapat manfaatnya.

“Kami optimis jika rayuan yang dibuat sejak beberapa tahun lepas diterima, jambatan itu akan membantu melonjakkan aktiviti ekonomi penduduk.

“Ia juga akan meningkatkan integrasi nasional kerana lebih ramai pengunjung dalam dan luar negara akan datang ke pulau ini,” katanya.

Pada September lepas, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pihaknya akan terus membantu mengetengahkan isu yang membelenggu masalah penduduk Labuan.

Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata antara isu itu adalah cadangan pembinaan jambatan yang ketika ini masih dibincangkan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk kos dan kesan ekonominya terhadap Labuan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan