Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Labuan kesan Produk Daging Ayam Tayson guna tanda halal meragukan

ayamtyson

LABUAN: Dua produk daging ayam Tyson dan produk tidak berjenama yang mengunakan kod EZG235 yang diimpot dari Amareka Syarikat dikesan telah menggunakana logo halal yang meragukan.

Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli berkata, perkara itu disedari apabila Syarikat Labuan Halal Hub Sdn. Bhd, (LHHB) membuat semakan selepas menempah produk berkenaan.

Beliau berkata, menurut LHHB, kedua-dua produk yang diimport dari Amerika Syarikat itu telah menggunakan permit logo halal dari Belanda (Netherland).

“Bagaimanapun permit logo halal tersebut didapati meragukan kerana berbeza dengan logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama beberapa agensi kerajaan bagi mencari penyelesaian berhubung isu tersebut di Tingkat 10, Wisma Perbadanan Labuan, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Labuan Halal Hub Sdn. Bhd, Manisah Mahmud. Pengarah Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan Labuan, Wasimin Daiman, Penolong Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Labuan, Aslani Dabi dan Pengerusi Majlis Gerakan Pengguna Labuan, Hajjah Fauziah Datuk Mohd Din.

Manakala agensi kerajaan lain yang turut hadir termasuklah Jabatan Agama Islam (Jawi) Labuan yang mewakili Jakim, Jabatan Veteriner Labuan, Maqis, Jabatan Perkhidmatan dan Perusahan Haiwan Negeri Sabah dan Persatuan Peladang Kawasan Labuan.

Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan meminta pihak pemborong dan juga peniaga supaya tidak membuat tempahan dan mengedar kedua-dua produk terebut.

Katanya, pemborong dan peniaga yang didapati mengedar kedua-dua produk tersebut akan diambil tindakan undang-undang mengikut Akta Perihal Perdagangan (Perakuan dan Pemakanan Halal) 2011 yang sabit kesalahan boleh dihukum sehingga RM200,000 untuk syarikat dan RM100,000 untuk individu serta tiga tahun penjara.

Ditanya mengenai kemasukan daging ayam itu beliau berkata, berkemungkinan daging-daging ayam tersebut di bawa masuk ke negara ini secara haram ataupun pihak berkuasa terlepas pandang mengenai produk tersebut.

Ini kerana, kata Rozman setiap produk daging yang dibawa masuk ke Malaysia perlu mendapatkan pemeriksaan permit halal yang sah terlebih dahulu, kerajaan juga katanya telah menyenaraikan beberapa jenama produk daging yang diiktiraf permit dan logo halal untuk dibenarkan masuk ke Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan Labuan, Wasimin Daiman berkata, semua daging ayam yang diimport ke Labuan tidak akan dilepaskan sekiranya tidak memenuhi semua syarat-syarat HALAL yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya jenama tersebut dijual di beberapa premis perniagaan di pulau ini, besar kemungkinan ia di bawa masuk ke Labuan dari tanah besar Sabah atau Sarawak yang tidak melalui pemeriksaan di pintu-pintu masuk yang telah digazetkan.

Beliau turut menasihatkan agar pemborong yang mengimport barang keperluan makanan terutamanya daging perlulah menyatakan senarai jenama barang yang dibawa masuk serta lain-lain sijil pengesahan.

Dalam pada itu, Rozman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemborong dan peniaga yang didapati menjual produk tersebut.

Sebelum ini, LHHB Sdn Bhd yang membuat pemeriksaan rambang telah mengesan produk tersebut telah dijual di beberapa premis perniagaan minggu lalu.

Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, Rozman turut mengarahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama Perbadanan Labuan untuk mengadakan seminar kepada pemborong dan peniaga bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai isu-isu yang berkaitan dengan produk halal yang perlu dipatuhi sebelum di tempeh atau diedar kepada pengguna.

Komen


Berita Berkaitan