Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Labuan Jadi Tarikan Bagi Pertandingan Ratu Cantik Miss Chinese Cosmos Pageant Southeast Asia 2016

10:54am 28/07/2016 Pak Roshan 50 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

el nino labuan

LABUAN : Labuan, yang keindahan pantainya mendapat pengiktirafan antarabangsa dan mempunyai tarikan pelancongan yang bersejarah, dipilih buat pertama kali untuk slot penggambaran Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa Miss Chinese Cosmos Pageant Southeast Asia 2016.

Penggambaran akan dijalankan dari 25 hingga 27 Julai di beberapa tempat tarikan pelancong termasuk Pulau Rusukan Besar dan Kuraman, Memorial Perang Dunia Kedua di Taman Damai, Hotel Tiara dan Palm Beach Resort and SPA.

Program penggambaran untuk 21 peserta dari lima negara Asia iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Kemboja adalah sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan industri pelancongan Malaysia terutama Labuan.

Ketika berucap pada majlis makan malam meraikan peserta dan jawatankuasa penganjur di Palm Beach Resort and SPA di sini malam tadi, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata program ini tepat pada masanya kerana usaha bersepadu sedang dijalankan untuk menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

“Walaupun, Labuan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pusat kewangan antarabangsa, kami menyenaraikan pelancongan sebagai industri utama dalam pelan pembangunan untuk menjadikan Labuan sebagai pulau yang harus dilawati,” kata beliau.

Beliau berkata pantai di Labuan telah disenaraikan sebagai antara pantai paling indah di Asia Tenggara dengan pemandangan menyaksikan matahari terbenam di United Nations Beach di Kg Sg. Miri.

“Usaha akan dijalankan bagi menaik taraf kemudahan di pulau-pulau sebagai sebahagian daripada pembangunan sektor pelancongan,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan