Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Labuan Catat Peningkatan Bilangan Penderma Organ

derma

LABUAN : Pulau Labuan mungkin mempunyai jumlah penduduk yang kecil tetapi mencatatkan jumlah tertinggi penderma organ.

Bilangan mereka yang berdaftar sebagai penderma organ di pulau ini telah meningkat beransur-ansur sejak bertahun-tahun lalu.

Seramai 242 penderma telah berdaftar setakat ini dengan kaum Cina sebagai penderma majoriti diikuti oleh masyarakat Melayu dan kaum lain.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismail Ali berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai kepentingan menderma organ.

Dalam temu bual dengan Bernama hari ini, beliau berkata peruntukan telah disalurkan kepada jabatan untuk menjalankan lebih banyak program berkaitan termasuk seminar, pameran, sesi kaunseling dan penubuhan gerai dalam program sesi bertemu rakyat.

Seminar bertemakan ‘Grief Response Organ Donation Awareness’ dan kempen mengenai kesedaran menderma organ diadakan minggu lepas dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta.

Dr Ismail berkata setakat Mei tahun ini sebanyak 37 pemindahan organ telah dijalankan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau berkata jumlah rakyat Malaysia di seluruh negara yang membuat ikrar menderma organ meningkat setiap tahun daripada 10,081 orang pada 2006 kepada 20,377 orang pada 2010, 31,055 orang (2011) dan 37,093 orang tahun lepas.

“Sehingga 31 Jan tahun ini, seramai 289,303 penderma telah berikrar untuk menderma organ mereka yang hanya 0.9 peratus daripada jumlah penduduk negara ini,” katanya.

Daripada jumlah itu, 47.6 peratus ialah kaum Cina, India (23.9 peratus), Melayu (24.6 peratus) dan lain-lain (3.9 peratus).

“Dr Ismail berkata program “Jom Ikrar” anjuran Kementerian Kesihatan telah dilancarkan di pulau ini pada 22 April bertujuan memberikan pendedahan kepada warga Kementerian untuk menjadi penderma organ.

“Menerusi program ini, seramai 25 kakitangan Jabatan Kesihatan Labuan berikrar menjadi penderma organ dan kami menyasarkan 50 peratus kakitangan kami untuk menjadi penderma organ,” katanya.

Pesakit buah pinggang merupakan bilangan paling ramai memerlukan pemindahan organ meliputi sejumlah 90 peratus atau 19,329 pesakit daripada 19,718 individu yang menghidap penhyakit hati, jantung dan paru-paru antara lainnya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan