Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Labuan Catat 86 Mangsa Pemerdagangan Manusia Sejak 2009

penyeludupan

LABUAN:  Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan 86 mangsa penyeludupan dan pemerdagangan manusia sejak 2009 hingga Jun tahun ini.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata mereka membabitkan 10 kes dan kesemua mangsa merupakan wanita warga Filipina.

Mereka ini dijadikan barang dagangan oleh sindiket yang mahu mengaut keuntungan mudah, katanya kepada Bernama, di sini pada Selasa.

Beliau mengulas laporan media tempatan berhubung kejayaan polis Labuan menyelamatkan lima wanita warga Filipina yang dipaksa menjadi hamba seks di sebuah pusat hiburan di sini.

Mangsa yang berusia antara 18 dan 20 tahun itu dikatakan dipaksa melacur sejak sebulan lalu namun tidak dibayar sebarang upah, selain dikurung di dalam sebuah bilik dan hanya dibenar keluar apabila tiba waktu bekerja.

Mengulas kes itu, Adzhar berkata wanita terbabit diselamatkan oleh pihak berkuasa susulan maklumat awam.

Polis turut memberkas seorang lelaki yang dipercayai pengurus pusat hiburan berkenaan untuk membantu siasatan.

“Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap dan mendakwa mana-mana pengusaha pusat hiburan yang terlibat dalam aktiviti keji seperti itu,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan