Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KYS terima RM44.6 juta daripada anak syarikat

TERIMA KASIH.....Sapawi (kiri) menerima raplika cek dividen daripada salah sebuah anak syarikat sambil diperhatikan Musa (dua dari kiri).
TERIMA KASIH…..Sapawi (kiri) menerima raplika cek dividen daripada salah sebuah anak syarikat sambil diperhatikan Musa (dua dari kiri).
KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menerima RM 44.6 juta dari sembilan anak syarikatnya yang mendapat keuntungan dividen minima 30 peratus daripada keuntungan yang diperolehi.
 
Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata penyerahan dividen tersebut akan membantu KYS untuk terus giat menjalankan program – program mempertingkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini.
 
“Terima kasih kepada anak syarikat KYS atas sumbangan dividen yang pasti membantu dalam melaksanakan berbagai program di masa akan datang.
 
“Terus tingkatkan usaha kepada anak syarikat yang belum mencapai sasaran keuntungan.
 
“Semua anak syarikat harus mengekalkan prestasi dan mencapai ke tahap yang lebih tinggi dalam memastikan setiap syarikat terus relevan.
 
“Nilai intergriti setiap anak syarikat perlu dipelihara dalam pengamalan etika perniagaan yang telus, bersih dan patuh kepada aspek perundangan.
 
Sapawi berkata demikian ketika berucap di Majlis penyerahan cek oleh anak – anak syarikat kepada KYS dan menandatangani perjanjian antara KYS dengan syarikat – syarikat pelaburan di salah sebuah hotel terkemuka petang tadi.
 
Pada majlis tersebut, Ketua Menteri, Musa Haji Aman, merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, hadir sama menyaksikan Majlis menandatangani dokumen perjanjian antara KYS  dengan “AAPC Singapore Private Limited” dan “Letter Of Loan Syndication Arrangement Mandate”.
 
Perjanjian tersebut bertujuan mengurus dan membangunkan projek pembangunan Sabah International Convention Centre (SICC) yang bakal menjadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.
 
Turut Hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir dan Pengerusi Agrotek Malaysia Bhd, Dato’ Muhammad Firdaus Azhar./PENERANGAN-
KOLABORASI.........Musa (tiga dari kanan) bersama para pelabur KYS.
KOLABORASI………Musa (tiga dari kanan) bersama para pelabur KYS.
 

Komen


Berita Berkaitan