Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KYS sokong usaha kerajaan pertingkat mutu pendidikan

kys

RANAU: Kolej Yayasan Sabah (KYS) akan terus menyokong usaha kerajaan meningkatkan pendidikan di negeri ini selaras dengan visinya untuk menjadi pusat kecemerlangana akademik dan kemahiran di rantau ini.

Pengurus Perhubungan Awam KYS Albumin Saimin berkata, bagi menjayakan hasrat itu KYS menyediakan sebanyak 24 program latihan kemahiran.

Antaranya program yang dikendalikan oleh KYS sendiri dan program dengan kerjasama institut pengajian tinggu yang lain termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kolej Ugama Islam Melaka (KUIM).

“Kebanyakan pelajar yang menuntut di KYS adalah pelajar kawasan bandar iaitu, hampir 80 peratus pelajar kawasan bandar dan selebihnya pelajar luar bandar.

“Oleh itu kita akan melipatgandakan usaha untuk menarik ramai pelajar luar bandar mengikuti kursus-kursus akademik dan kemahiran di KYS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa KYS bersama penduduk Kampung Lohan Ulu, Ranau, di sini, Ahad lalu.

Sejak penubuhan KYS pada tahun 1990, peningkatan terhadap kemudahan dari segi kelas, penambahan program, pengurusan KYS dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) juga dapat memudahkan para pelajar menjalankan pengurusan dengan lebih baik dan sistematik.

Pada majlis itu KYS menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mohd Ali, Ranau dan masjid Kg Lohan Ulu.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Kg Lohan Ulu Ranau, Mohd Dinn Jamirin.

Komen


Berita Berkaitan