Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,786

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KWSP Umum Dividen 6.4 Peratus

11:41am 21/02/2016 Pak Roshan 157 views Mutakhir,Nasional

kwsp1

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk mengisytiharkan kadar dividen bagi tahun 2015 sebanyak 6.40 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pembayaran dividen itu melibatkan dana sebanyak RM38.24 bilion berdasaran peningkatan pendapatan kasar KWSP sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

“Sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi tahun tersebut, yang merupakan peningkatan 10.13 peratus berbanding RM5.43 bilion dalam 2014.

“Peningkatan ini selaras dengan pertumbuhan aset pelaburan KWSP kepada RM684.53 bilion setakat 31 Disember 2015. KWSP mencatat pendapatan kasar sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, peningkatan sebanyak 13.18 peratus berbanding RM39.08 bilion pada 2014,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Samsudin menjelaskan, pendapatan pelaburan kasar yang dicapai KWSP itu menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas asaet dalam beberapa negara dan pasaran.

Menurutnya, walaupun korelasi antara pasaran global adalah tinggi, strategi kepelbagaian membuka peluang kepada KWSP menjana keuntungan dan mengenal pasti pelaburan berpotensi pada pentaksiran yang menarik.

“Sebagai dana simpanan persaraan, pelaburan kami sentiasa tertumpu kepada usaha untuk mendapatkan pulangan pendapatan jangka panjang yang mampan berbanding pulangan jangka pendek.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan kadar dividen 6.40 peratus yang menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun berhadapan dengan cabaran semasa,” jelasnya.

Mengulas tentang ekonomi 2016, Tan Sri Samsudin berkata, tahun ini dijangka lebih mencabar kerana kombinasi antara ketidakpastian kadar pertumbuhan dan kemerosotan harga komoditi telah menyaksikan kejatuhan indeks utama sejak awal tahun.

Kata beliau, keadaan ekonomi semasa berbeza dengan separuh tahun pertama 2015 di mana pelaburan global KWSP mampu mengimbangi kesan kelembapan pasaran domestik.

“Ketidaktentuan pasaran mata wang juga dijangka memberi cabaran kepada KWSP untuk mengulangi pencapaian yang sama pada tahun 2015.

“Bagaimanapun, kami terus melindungi dan meningkatkan nilai simpanan ahli dengan memberikan pulangan yang stabil dan konsisten dalam jangka panjang selaras dengan had risiko yang bersesuaian,” kata beliau. – mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan