Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KWSP Peruntuk Hingga RM30 Bilion Setahun Untuk Simpanan Shariah

10:51am 08/08/2016 Pak Roshan 428 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional

kwsp1-600x400

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merancang menyediakan tambahan RM20 bilion kepada RM30 bilion setahun untuk Simpanan Shariah mulai 2018.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata tabung persaraan itu sudah memulakan proses pendaftaran ahli untuk mengubah simpanan konvensional KWSP kepada simpanan patuh syariah.

Simpanan Shariah akan dilancarkan pada Januari 2017.

Dana RM100 bilion diperuntukkan untuk Simpanan Shariah 2017 dan ia adalah berasaskan siapa dahulu diutamakan.

“Dari segi peruntukan aset, ia sama juga dengan dana konvensional yang sedia ada. Dana syariah ini akan memberi tumpuan kepada penstabilan modal,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KWSP di sini hari ini.

Sehingga 8.30 pagi ini, 5,000 ahli sudah memohon untuk memindahkan simpanan KWSP amsing-masing kepada Simpanan Shariah di 68 cawangannya di seluruh negara. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan