Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KWSP Nafi Sediakan Bantuan RM2,500 Setiap 6 Bulan

kwspp-600x367

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyangkal satu catatan di Facebook yang mendakwa konon ia menyediakan bantuan sebanyak RM2,500 setiap enam bulan.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan tabungan itu menggesa anggota pencarumnya serta orang ramai mengelak daripada menyebarkan kenyataan palsu berkenaan.

“KWSP mengambil kes terbabit secara serius dan bertindak mengeluarkan amaran. Maklumat salah itu boleh mewujudkan kekeliruan atau kebimbangan dalam kalangan anggota

“Ini termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat palsu berkaitan KWSP serta produk dan perkhidmatannya,” tambahnya.

Individu yang mencatat kenyataan palsu itu mendakwa anggota KWSP perlu mengisi satu borang untuk menuntut RM2,500 itu, malah menyertakan pautan kepadanya.

Bagaimanapun, pautan itu didapati adalah satu borang bagi tujuan menuntut faedah kematian.

“Bayaran faedah kematian sebanyak RM2,500 akan diberikan kepada tanggungan anggota yang meninggal dunia apabila permohonan untuk mengeluarkannya dibuat,” kata KWSP.

KWSP juga menggesa anggota untuk menyemak dengannya mengenai sebarang isu berkaitan simpanan, produk dan perkhidmatan atau mereka juga boleh merujuk laman web rasmi http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/general/chain-emails untuk penjelasan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan