Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KWSP isytihar dividen 6.9% (konvensional), 6.4% (syariah)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan dividen 6.9 peratus bagi simpanan konvensional dan 6.4 peratus bagi simpanan syariah bagi 2017.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, dividen 6.9 peratus diberikan untuk Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan RM44.15 bilion.

Katanya, dividen 6.4 peratus pula diberikan untuk Simpanan Syariah dengan agihan berjumlah RM3.98 bilion.

“Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM48.13 bilion, naik 29.8 peratus daripada 2016,” katanya.

Samsudin berkata, pemberian dividen Simpanan Konvensional, berkadar 6.9 peratus adalah yang tertinggi pernah diumumkan sejak 1997.

Berita penuh menyusul.

Komen


Berita Berkaitan