Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KV Kudat jadi tuan rumah Karnival Sukan Kolej Vokasional

11:12am 10/03/2017 Leolerry Lajius 109 views Kudat,Sukan,Tempatan

(Dari kiri) Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ahmad Fakhrurazi, Timbalan Pengarah Akademik, Isa Jasmi, Pengarah KV Kudat, Christine dan Ketua Jaminan Kualiti, Ramli Jalil menunjukkan bahan promosi kejohanan.

KUDAT : Kolej Vokasional Kudat menjadi tuan rumah Karnival Sukan Kolej Vokasional (VOKTEK) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kali ke-20 pada 13 hingga 18 Mac ini.

 

Menurut Pengarahnya, Christine Stanislaus Kinsik, penganjuran karnival sukan Voktek dilaksanakan sebagai wadah penyatuan khususnya kepada warga kolej vokasional serta institut lain yang terlibat dalam pelaksanaan dasar Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET).

 

Selain itu, penganjurannya adalah untuk memilih wakil pelajar ke Karnival Sukan Voktek peringkat kebangsaan yang diadakan di Perak pada Jun.

 

“Selaku pengelola Karnival sukan kali ini, pihak kami memilih tema ‘Respect’ sebagai penghormatan kepada semua warga kolej yang bertungkus lumus dalam menjayakan TVET seperti yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

“Di samping itu, kami juga berharap agar pemilihan tema itu akan meningkatkan semangat persahabatan dalam kalangan warga kolej terutama di Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

“Selain acara-acara sukan yang dipertandingkan, kami turut mengadakan beberapa aktiviti lain seperti pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan industri serta bazar yang terbuka kepada masyarakat khususnya yang tinggal di daerah Kudat,” katanya.

 

Karnival sukan berkenaan berlangsung selama lima hari dan dianggarkan lebih seribu peserta dari semua kolej vokasional dan institut latihan yang bertanding bagi merebut kejuaraan dalam acara yang dipertandingkan.

Karnival sukan ini melibatkan pertandingan bagi acara seperti Sofbol, Bola Tampar, Bola Jaring, Sepak Takraw, Ragbi serta Idol.

 

Majlis perasmian penutupan ini dijangka dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili./ Penerangan –

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan