Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kutipan derma diadakan  bagi sekolah yang terjejas bencana

Kelihatan dalam gambar, YB Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pelajaran Negeri Sabah turut sama-sama memberikan sokongan kepada 5615VT
Kelihatan dalam gambar, YB Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pelajaran Negeri Sabah turut sama-sama memberikan sokongan kepada 5615VT

KOTA KINABALU- Kutipan derma berupa peralatan belajar seperti alat tulis, buku, bahan bacaan, alat permainan, minuman kotak dan peralatan yang bersesuaian dengan murid sekolah akan diadakan pada 13 hingga 15 Julai ini.

Kelab Sukarela ‎5615VT dengan  kerjasama ‪ Kementerian ‪‎Pelancongan dan ‪Alam ‪Sekitar ‪Sabah dan sokongan YB Datuk Dr Ewon Ebin,  Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia serta Ahli Parlimen Ranau , Perpustakan Negeri Sabah ‪dan  KKFM (Radio Kampus Universiti Malaysia Sabah) akan mengendalikan kutipan derma berkenaan.

Kutipan derma itu akan diadakan di lobi bangunan Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing, Kota Kinabalu bermula pada jam 8.30 pagi hingga 8 malam.

Sumbangan itu merupakan inisiatif untuk  membantu sekolah SK Mesilau Kundasang  dan SK Kiau Kota Belud yang merupakan antara sekolah-sekolah  yang terjejas teruk akibat daripada banjir lumpur baru-baru ini.

Sumbangan ikhlas daripada orang ramai amat dialu-alukan untuk membantu para pelajar dan guru di kedua-dua sekolah tersebut dan keterangan lanjut boleh berhubung dengan Bro Benn di talian 010-946 6633 atau melalui alamat facebook https://www.facebook.com/bro.benn?fref=ufi&pnref=story. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan