Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kutipan Dana Bantu Penduduk Gaza Diperluas Di Sabah

savegaza

SEPANGGAR:  Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah akan menggiatkan usaha mengutip dana bagi membantu penduduk Gaza yang ketika ini menjadi mangsa serangan tentera Israel.

Menterinya Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata penduduk di Sabah turut prihatin dengan penderitaan yang dialami penduduk Palestin dan berharap kutipan dana bagi membantu mangsa kekejaman Israel itu akan menggalakkan lebih banyak umat Islam di Sabah untuk beramal jariah di bulan Ramadan.

“Pelancaran tabung ini bukan hanya untuk membantu umat Islam di Palestin tetapi juga semua penduduk Gaza,” katanya pada majlis penyerahan bubur lambuk di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar di sini pada Jumaat.

 

Jainab yang juga Exco Wanita Umno Malaysia berkata kementeriannya akan bergerak ke seluruh Sabah bagi mengumpul dana yang akan diserahkan kepada Pergerakan Wanita Umno Malaysia pada 22 Julai ini.

Pada majlis itu, beliau mengedarkan bubur lambuk kepada warga TLDM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dan penduduk Kampung Gentisan, Kampung Selayang dan Kampung Kuala Menggatal.

Komen


Berita Berkaitan