Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kutipan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Meningkat Kepada RM146j Pada Sept

11:43am 04/11/2015 Pak Roshan 20 views Mutakhir,Nasional

mary yap

KUALA LUMPUR – Kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat kepada RM146 juta pada bulan lepas, berbanding RM57 juta pada Mei 2015, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata ia didorong beberapa inisiatif yang dijalankan seperti pembukaan 71 cawangan PTPTN seluruh negara yang beroperasi sehingga pukul 10 malam bagi memudahkan urusan bayaran balik.

“Selain itu, antara kemudahan lain yang disediakan untuk bayaran balik pinjaman adalah melalui kad ATM, kad kredit dan kad debit,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang meminta kementerian berkenaan menyatakan jumlah peminjam PTPTN oleh golongan orang kurang upaya (OKU).

Dalam pada itu, Yap berkata PTPTN belum lagi bercadang untuk mewujudkan skim khas pinjaman khusus untuk golongan OKU kerana setakat ini peluang untuk meminjam adalah terbuka kepada semua warganegara. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan