Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kus semangat

KANG KANG, antara bayi yang dilahirkan besar di China. – Agensi

Beijing: Seorang wanita melahirkan anak lelaki seberat 6.7 kilogram, antara paling berat pernah dicatatkan di China.

Ia dua kali ganda lebih berat daripada purata berat bayi baru lahir di negara itu.

Bapa bayi itu yang dikenali dengan nama Wang sangat teruja dengan keadaan anaknya sehingga mendorong dia menamakan anaknya itu Kang Kang yang bermakna sihat dalam bahasa Cina.

Kang Kang dilahirkan menerusi Caesarean Isnin lalu dan disahkan sihat. Panjangnya ialah 58 sentimeter, juga dua kali lebih panjang berbanding bayi biasa.

Menurut Wang, isterinya yang berusia 25 tahun agak gempal dan menghidap kencing manis.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kesan daripada penyakit kencing manis itu, isteri Wang berdepan masalah kecelaruan pemakanan sehingga menyebabkan bayi yang dilahirkannya besar.

Bagaimanapun Wang berkata, sepanjang hamil, isterinya hanya memakan makanan bijirin kasar.

Menurutnya, anaknya mungkin dilahirkan besar kerana menerima zat makanan yang baik daripada isterinya.

Kang Kang adalah anak kedua pasangan berkenaan. Anak pertama mereka juga dilahirkan besar, kira-kira lima kilogram.

Keluarga di China memang dikenali sukakan bayi yang dilahir besar. Kerana itu, wanita hamil di negara berkenaan selalu dipaksa makan berlebihan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan