Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kurup Cadang Kaji Selidik Tentukan Istilah Sesuai Merujuk Pribumi Sabah

8:08pm 02/05/2016 Pak Roshan 225 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Tan Sri Joseph Kurup

Tan Sri Joseph Kurup

KOTA KINABALU :  Satu kaji selidik perlu dibuat terlebih dahulu untuk menentukan terminologi sesuai bagi merujuk kepada identiti pribumi Sabah iaitu Kadazandusun dan Murut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Kurup mengulas cadangan Momogun National Congress (MNC) agar istilah ‘Momogun’ digunakan sebagai merujuk kepada kaum pribumi Sabah iaitu Kadazandusun dan Murut serta komuniti yang menggunakan bahasa etnik terbabit.

Cadangan MNC itu turut mendapat perhatian Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Murut yang melihat cadangan itu tidak praktikal dan mahu kekal menggunakan istilah Kadazandusun bagi merujuk etnik pribumi berkenaan.

Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah berkata kaji selidik itu penting bagi mengetahui pendapat akar umbi mengenai perkara

“Ada baiknya (buat) kaji selidik terlebih dahulu, apa terminologi yang orang kita mahu gunakan (bagi merujuk identiti) mereka. Jika tidak, kita tidak akan dapat menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kurup berkata 80 anggota Rukun Tetangga di seluruh negara menyertai program anak angkat anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sejak 30 April hingga Khamis ini.

Program itu antara lain bertujuan memberi peluang kepada peserta memahami warisan budaya dan tradisi serta cara hidup kaum Kadazandusun dan Murut yang menyambut Pesta Kaamatan sekali gus memupuk semangat kekitaan antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan