Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kurung tentera mabuk dalam kandang

VID Ukrainian Soldiers Put In Cages For Boozing
SEKUMPULAN tentera yang dikurung dalam kandang besi.

Kiev: Pihak berkuasa tentera Ukraine bertindak menahan sekumpulan anggotanya dalam kandang besi kecil sebagai hukuman kerana mabuk.

Rakaman video yang menunjukkan tentera berkenaan berhimpit-himpit dalam kandang berkenaan tersebar di Internet, semalam.

Mereka terpaksa duduk kerana kandang berkenaan tidak cukup tinggi untuk membolehkan mereka berdiri.

Anggota tentera itu hanya dibebaskan beberapa jam kemudian sebelum dihantar mengikuti kursus dan menerima senjata masing-masing semula.

Seorang wartawan perang Andrei Tsaplienki berkata, tindakan itu diambil kerana ketagihan arak dalam kalangan tentera negara itu kini berada pada tahap tidak terkawal lagi.

“Kerana itu langkah kejam seperti itu perlu diambil,” katanya.

Pegawai Ukraine semakin bimbang dengan ketagihan arak dalam kalangan tenteranya.

Sebanyak 150 liter vodka dirampas dari berek tentera baru-baru ini. Sebahagiannya buatan sendiri.

“Ketagihan arak dalam kalangan tentera menjadi masalah besar.

“Ia semakin menjadi-jadi dengan adanya gencatan senjata. Kerana tidak ada apa hendak dibuat, mereka minum vodka hingga mabuk,” kata sumber tentera, semalam.

Ukraine berdepan sengketa bersenjata dengan pemberontak pro-Russia di beberapa bahagian negara itu sejak beberapa tahun lalu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan