Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wanita Kurung Anak Dalam Rumah Selama 10 Tahun

kurung

Sweden – Selepas 10 tahun dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar, tiga wanita yang merupakan adik beradik berjaya melepaskan diri daripada cengkaman ibu mereka.

Ketiga-tiga beradik itu kini berusia 32, 24 dan 23. Mereka berjaya diselamatkan selepas salah seorang daripada mereka melarikan diri dan memaklumkan mengenai situasi yang dialami itu kepada jiran.

Susulan itu, ibu mereka yang berusia 59 tahun telah ditangkap.

Menurut saksi, salah seorang daripada tiga beradik itu terpaksa dipapah ketika diselamatkan.

Polis memaklumkan, pihaknya menerima laporan yang menyatakan terdapat seorang wanita yang telah mengurung anaknya selama 10 tahun di dalam rumah mereka.

Wanita itu dikatakan berbuat demikian bagi menyembunyikan anak-anaknya daripada bapa mereka.

Malah jiran setempat juga tidak mengetahui mengenai tiga beradik tersebut kerana rumah mereka sentiasa senyap dan sunyi.

Bapa mereka pula dilaporkan tidak lagi bertemu dengan anak-anaknya sejak 17 tahun lalu.

Kejadian itu mengejutkan penduduk di bandar kecil itu yang hanya mempunyai populasi penduduk kurang daripada 8,000 orang.

Komen


Berita Berkaitan