Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kursus IEP mendapat sambutan mengalakkan

ANTARA sebahagian pensyarah yang terlibat pada kursus berkenaan, kelihatan Zuleika dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Perniagaan dan Hal Ehwal Korporat) UCSF Dr. Dayang Aminah Ali (tengah) serta para pensyarah lain.
ANTARA sebahagian pensyarah yang terlibat pada kursus berkenaan, kelihatan Zuleika dan
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Perniagaan dan Hal Ehwal Korporat) UCSF Dr. Dayang
Aminah Ali (tengah) serta para pensyarah lain.urus
KOTA KINABALU: Kursus percuma Intensive English Programme (IEP) anjuran University College Sabah Foundation (UCSF) berjaya menarik penyertaan seramai kira-kira 340 orang belia daripada seluruh daerah Sabah selain berjaya mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
Ketua Bahagian Inggeris UCSF Zuleika O. Curreem berkata, program yang berlangsung selama lima minggu pada baru-baru ini telah disertai belia yang kebanyakannya adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurutnya, kursus berkenaan bertujuan untuk memberi peluang kepada para belia untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan cara yang interaktif di UCSF memandangkan universiti berkenaan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai medan bahasa utama kampus.
“Dalam kursus ini, pendekatan utama kita adalah dengan menyediakan struktur pembelajaran yang unik bagi memaksimumkan potensi para pelajar untuk memahami dan menggunakan bahasa Inggeris dengan cara yang betul dan tepat.
“Harapan kita cuma satu iaitu, melalui kursus ini kita dapat mengajar pelajar dengan sebaik mungkin agar mereka mampu mempraktikkan bahasa Inggeris dengan betul apabila tamat kursus kelak.
“Sepanjang kursus ini, terdapat tiga tahap yang dikategorikan iaitu Tahap Asas, Tahap Pra-Pertengahan dan Tahap Perantaraan selain penyediaan empat kemahiran untuk para pelajar menguasainya iaitu Membaca, Menulis, Bertutur dan Mendengar,” katanya di sini, kelmarin.
Zuleika berkata, bagi membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris melalui kaedah yang lebih kontemporari, pihaknya telah menyediakan tujuh subjek berbeza yang dilakukan di dalam kelas, makmal dan luar kelas dengan purata masa selama lima jam pembelajaran sehari.
“Cara ini Ini bagi memberi daya ingatan yang kuat selain penggunaan dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan lebih lancar dan kerap… Jika pembelajaran di dalam makmal dan kelas, kami menggunakan perisian komputer DynEd dengan Rangka Kerja Eropah Bersama Rujukan untuk Bahasa (CEFR),” katanya.
Beliau berkata, aplikasi DynEd mampu mempercepatkan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui teknik-teknik berkesan yang diperolehi daripada penyelidikan ke atas otak manusia dan bagaimana ia mempelajari sesuatu bahasa.
“Dibina berasaskan proses semula jadi yang menekankan keupayaan mendengar dan bertutur sebelum membaca dan menulis. DynEd membantu guru memantau kemajuan pelajar sambil sentiasa menyesuaikan tahap bahan kursus dan membimbing setiap pelajar untuk mengoptimumkan pembelajaran.
“Dengan penggunaan aplikasi ini sekaligus menaikkan tahap kita melangkah ke satu peringkat yang lebih tinggi kerana di Sabah, hanya UCSF sahaja yang menggunakan aplikasi sebegini dalam pembelajaran,” katanya.
Zuleika juga turut menjelaskan mengenai hasil penganjuran kursus itu, katanya, sambutan yang diterima cukup memberangsangkan yang mana setiap pelajar yang mengikutinya juga bersungguh-sungguh selain cukup gembira dalam pembelajaran sepanjang tempoh kursus.
Mengulas mengenai tenaga pengajar yang terlibat, katanya, seramai 17 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada kalangan pensyarah sepenuh masa, sambilan serta pensyarah daripada fakulti lain terlibat sama dalam menjayakan kursus berkenaan.
“Sepanjang kursus, para pelajar yang mengikutinya telah dibahagikan kepada 13 bahagian mengikut kelas masing-masing dan di bawah bimbingan pensyarah daripada pelbagai bahagian,” katanya.
Katanya, antara Pensyarah Sepenuh Masa yang terlibat ialah Norashiqin Ahmad, Bobbe Daiman, Eliana Jimuk dan Cherane Christopher. Manakala Pensyarah Sambilan ialah Lynn Southey (Australian), Nick Hayes (British), Rae Kelly (American), Stephanie Estolas, Monique Yvette L’Efevre (Australian), Beverly Joeman dan Caroline Harris.
“Manakala, pensyarah daripada fakuliti lain yang turut sama memberi kerjasama ialah, Farhana Abdul Fatah (FDMS), Susie Labadin (FME), Barbarawati Richard (FME), Angeline Chin Wei Mui (FME) dan Delores Pammie Joeh (FME).
“Apa yang boleh saya jelaskan di sini adalah, kesemua pensyarah ini menunjukkan prestasi terbaik kepada para pelajar sekaligus membuktikan bahawa kebolehan mereka sebagai pensyarah tempatan juga setanding dengan guru Inggeris daripada barat,” katanya.
Zuleika menegaskan bahawa, keseluruhan intipati kursus berkenaan adalah hasil cetusaan idea beliau yang telah hampir 22 tahun dalam bidang mengajar pengajaran Bahasa Inggeris.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, pihaknya kini sedang menunggu pengesahan bagi penganjuran kursus sama cuma dalam tempoh yang lebih lama penganjuran iaitu daripada enam hingga lapan minggu.
“Untuk kursus akan datang ini, kita mensasarkan penyertaan belia seramai 350 orang untuk mengikutinya. Selain itu, kursus berkenaan juga akan dikenakan bayaran bagi mengikutinya,” katanya.-Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan