Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kursus Usahawan untuk masyarakat luar bandar

James menyampaikan sijil kepada seorang peserta kursus, turut kelihatan Alias (kanan sekali).
James menyampaikan sijil kepada seorang peserta kursus, turut kelihatan Alias (kanan sekali).
KOTA KINABALU: Masyarakat di luar bandar akan berpeluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang usahawan dengan mengikuti kursus-kursus usahawan yang akan dianjurkan oleh Sedcovest Holdings Sdn Bhd.
Pengerusi Sedcovest Datuk James Ratib berkata, ini penting untuk memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat khususnya golongan wanita kawasan itu menyertainya.
“Kursus keusahawanan seperti pemprosesan pau, donat dan chempiang ini amat sesuai dilaksanakan di kawasan luar bandar kerana ia berpotensi dijadikan perniagaan kecil-kecilan untuk menambah sumber pendapatan mereka.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaikan sijil kursus pemprosesan pau, donat dan chempiang di pejabat Daerah Kecil Paitan baru-baru ini.
Kursus tiga hari itu disertai 52 peserta, dianjurkan kerajaan negeri dan Sedco melalui Sedcovest Holdings Sdn Bhd.
James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut berharap para peserta dapat memanfaatkan ilmu kemahiran yang diperolehi sepanjang kursus untuk memajukan diri dan memulakan perniagaan msing-masing.
Beliau juga mencadangkan agar satu Pusat Komuniti diwujudkan di daerah itu untuk kegunaan golongan belia dan wanita kawasan itu.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan Alias Abdul Hamid dan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Beluran Fatimah Sukur.
James dan Alias bergambar bersama para peserta kursus.
James dan Alias bergambar bersama para peserta kursus.

Komen


Berita Berkaitan