Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kursus Pengurusan Chalet dan Rumah Rehat Bantu pesara ATM

Penyerahan sijil kepada peserta kursus.
Penyerahan sijil kepada peserta kursus.

KOTA KINABALU- Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Haji Kamarlin Hj. Ombi telah merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Pengurusan Chalet dan Rumah Rehat bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) veteran tidak berpencen di Hotel Sky, disini, semalam.

Dalam ucapan perasmiannya, Kamarlin berkata,”…homestay ini saya boleh katakan adalah satu daripada industri yang perlu diceburi oleh tuan-tuan dan puan-puan kerana industry ini boleh memulangkan ekonomi yang baik..”

Menurutnya lagi, pihak kementerian negeri Sabah akan membantu dari segi kehadiran pelancong untuk pergi ke homestay tempatan dengan mempromosikan homestay tersebut.

Kursus yang pertama kalinya dianjurkan ini, berlansung selama tiga hari bermula daripada 8 hingga 10 April yang melibatkan 31 orang peserta tempatan daripada daerah yang berbeza serta peserta daripada semenanjung.

Kursus ini dianjurkan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor dalam usaha membantu tentera veteran yang telah bersara tidak berpencen untuk menjana pendapatan. Oleh Syafathin M.Y./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan