Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kursus pelayaran mampu tingkatkan kemahiran pelayar- Masidi

11:27pm 29/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 35 views Tempatan
KENANGAN... Pang (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang Harvest Festival and Sabah Fest Open Day Regatta 2016, disini, hari ini.

KENANGAN… Pang (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang Harvest Festival and Sabah Fest Open Day Regatta 2016, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Kursus pelayaran mampu menjadi batu loncatan untuk
mengasah kemahiran terutamanya disiplin diri dan pengalaman bagi
mereka yang berminat ceburi diri dalam sukan tersebut, kata Menteri Pelancongan , Kebudayaan
dan Alam Sekitar Sabah.
Menterinya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sukan layar
merupakan salah satu aktiviti sukan yang sihat.
“Sukan perahu merupakan sukan yang sihat dan mesra alam yang mana,
ianya mampu membina karakter dalam kalangan belia,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena ‘Harvest Festival and
Sabah Fest Open Day Regatta 2016’ di sini, hari ini. Teks ucapan
beliau dibaca oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam
Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Min.
Selain itu, beliau berkata sukan layar tersebut turut mampu membantu
Kerajaan Negeri dalam usaha mempromosikan pelancongan di negeri ini.
Tambahnya, pertandingan ‘Sabah Fest Open day Regatta 2016’ dapat
mengalakkan kedatangan pelayar dan pengunjung luar dari Sabah untuk
menikmati kemeriahan
Pesta Menuai di negeri ini.
“Pada kali ini, KYC memainkan peranan penting dalam mempromosikan
sukan pelancongan negeri ini.
“Saya juga difahamkan bahawa ia merupakan Regatta peringkat negeri dan
terdapat dua jenis perlumbaan iaitu ‘Marathon Race Island’ dan
‘Harvest Festival Series Race’,”katanya.
Terdahulu, lebih 100 orang pelayar menyertai Regatta tersebut.
Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan