Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kursus JKKK, JKDB wajib dihadiri

8:16pm 05/11/2015 Ann Vivien 39 views Politik,Tempatan,YB Datuk Radin Malleh
Radin Malleh.

Radin Malleh.

KOTA KINABALU: Penganjuran kursus pengurusan dan pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) bagi kawasan N.9 Tamparuli  merupakan program latihan induksi yang wajib dihadiri oleh semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK/JKDB yang baru dilantik adalah  bertepatan dengan agenda memperkasakan JKKK sebagai agen transformasi luar bandar di bawah Strategi Lautan Biru 5 (NBOS 5), Negara.

 Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Maleh berkata demikian dalam ucapan perasmian nya yang disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Latihan dan Pembangunan Masyarakat Yahya Abdul Karim.

Tambah beliau JKKK dan JKDB yang mempunyai keahlian lebih kurang 3,000  anggota di negeri ini adalah institusi kepimpinan khususnya di peringkat luar bandar yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor luar bandar.

“JKKK adalah mekanisme yang dikenalpasti untuk membantu menjana penglibatan penduduk kampung dalam rancangan pembangunan luar bandar yang menyuarakan permasalahan setempat yang tidak dapat diselesaikan sendiri agar dapat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi untuk diambil tindakan, “katanya.

Kursus tersebut yang melibatkan 67 kampung dari N.9 Tamparuli disertai seramai 126 orang peserta.-Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan