Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kurikulum silang budaya perlu dipandang serius- Zahid

4:06pm 16/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 50 views Berita Pilihan,Mutakhir,Pendidikan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
KENANGAN.. Zahid (tujuh dari kanan) dan Musa (tujuh dari kiri) serta dif- dif jemputan merakamkan gambar kenangan bersama penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2016, Azizul Rahman Abdul Rahman (lima dari kiri) dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016, Datuk Dr Ahamad Sipon (enam dari kiri) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-45 di sini, hari ini.-JKM

KENANGAN.. Zahid (tujuh dari kanan) dan Musa (tujuh dari kiri) serta dif- dif jemputan merakamkan gambar kenangan bersama penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2016, Azizul Rahman Abdul Rahman (lima dari kiri) dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2016, Datuk Dr Ahmad Sipon (enam dari kiri) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-45 di sini, hari ini.-JKM

KOTA KINABALU- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia agar memandang serius kepada kurikulum silang budaya dalam meningkatkan tahap perpaduan dalam kalangan para guru dan pelajar.

Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata program perpaduan haruslah memberi lebih fokus terhadap usaha-usaha bagi meningkatkan tahap penerimaan warga pendidik dan para pelajar terhadap perbezaan kaum, budaya, bahasa dan amalan agama.

“Pada tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan kajian bagi menghasilkan indeks perpaduan dalam kalangan guru dan murid sekolah.

“Indeks yang ditunjukkan pada tahun tersebut ialah 6.9 yang bermaksud perpaduan dalam kalangan guru dan murid sekolah adalah erat. Walau bagaimanapun, dapatan kajian indeks perpaduan menunjukkan bahawa keupayaan guru dan murid untuk menerima perbezaan kaum, budaya, bahasa dan amalan agama masih berada pada tahap rendah”,ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, hari ini.

Tambahnya, semangat perpaduan rakyat, semangat kekitaan, saling bertoleransi dan memahami, menghormati serta menghargai antara satu sama lain, bahkan semangat keharmonian beragama, perlu di pelihara agar kekal muhibbah.

Disamping itu, beliau turut menyarankan agar skim perkhidmatan perguruan di semua peringkat perlu dikaji sebagai pengiktirafan kepada jasa dan sumbangan warga pendidik di negara ini.

“Sumbangan dan jasa guru tidak pernah mengenal erti penat lelah, malah mereka sanggup bekorban, berbakti kepada nusa dan bangsa, dan juga hidup dalam keadaan sejahtera, maju dan makmur.

” Kita bukan sekadar hendak menostalgia sambutan Hari guru ini, tetapi apa yang penting kita harus ambil peduli skim perkhidmatan para pendidik,”katanya.

Disamping itu, Zahid turut meminta kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar memberi perhatian kepada bidang tugas para guru di negara ini agar mereka tidak dibebani dengan tugasan yang tidak sepatutnya.

“Dengan memberikan mereka (warga pendidik) peranan yang lebih holistik, ia akan membuat para pendidik sentiasa komited dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melakukan tugasan harian mereka,”ujarnya.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman, Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Timbalan Menteri Pendidikan I, Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Tuan Chong Sin Woon, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Dr. Khair Mohamad Yusof dan Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pendidikan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun-Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan