Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kurangkan penggunaan bekas makanan dan minuman jenis styrofoam

 

Lebih 300 orang peserta menyertai acara berbasikal sempena 'Earth Hour' Kota Kinabalu. foto Ille Tugimin
Lebih 300 orang peserta menyertai acara berbasikal sempena ‘Earth Hour’ Kota Kinabalu. foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Masyarakat dinasihatkan agar mengurangkan penggunaan bekas makanan dan minuman jenis Styrofoam yang memberi kesan negatif kepada pengguna dan alam sekitar.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBKK, Joannes Solidau berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga tidak menggunakan bekas makanan dan minuman jenis Styrofoam pada semua acara-acara rasmi DBKK.

“Kita telah sedia maklum akan kesan negatif akibat penggunaan bahan Styrofoam ini terhadap alam sekitar, oleh itu saya berharap agar kadar penggunaannya dikurangkan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program ‘Earth Hour 2015’ Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, di sini semalam.

Dalam majlis itu, beliau mewakili Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir.

Bagi memeriahkan program itu, lebih 300 orang peserta berbasikal bagi menyokong program ‘Earth Hour’ itu pada tahun ini.

Joannes berkata, peserta berbasikal sejauh 15 kilometer (km), bermula dari Hyatt Regency Kota Kinabalu melalui Jalan Tun Fuad Stephens sehingga ke Masjid Bandaraya dan kembali semula ke Segama Waterfront. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan