Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kupi-kupi fm memilih dialek sabah bagi memudahkan komunikasi

11:31pm 28/01/2016 Leolerry Lajius 222 views Hiburan,Tempatan
Fui K. Soong ketika berucap pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Fui K. Soong ketika berucap pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Stesen radio Kupi-kupi fm kini beroperasi secara rasmi selepas pelancarannya dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pagi tadi bertempat di Souled Out Restaurant, Imago.

Menurut Pengarah Kupi-kupi fm Fui K. Soong, stesen radio ini bermula dengan Center for Strategic Engagement (CENSE) sebuah badan penyelidikan swasta yang menggerakkan Operasi Tataba di Sabah.

“Operasi Tataba ini merupakan salah satu inisiatif yang kami lakukan untuk membantu penduduk pedalaman dan bermula dengan operasi inilah terlintas di fikiran kami untuk menubuhkan satu sistem komunikasi yang dapat menghubungkan pihak kami dengan masyarakat yang seterusnya membawa kepada penubuhan stesen radio Kupi-kupi Fm,”katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Ditanya mengenai isu penubuhan  stesen radio ini yang dimuatkan dalam sebuah akhbar dengan tajuk ‘Agenda kemunculan stesen radio Sabah baharu meragukan’ yang mempersoalkan mengenai bahasa rojak yang digunakan dalam siaran radio tersebut berliau berkata,

“Tidak dinafikan setiap stesen radio mempunyai kelemahannya sendiri dan merujuk kepada dakwaan tersebut, pihak kami memilih untuk menggunakan bahasa dialek Sabah adalah bagi memudahkan komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh majoriti masyarakat,” katanya.

Sementara itu menurut salah seorang penyampai radio tersebut iaitu Janrywine J. Lusin berkaitan dengan lagu yang sentiasa berulang, beliau berkata ia adalah berdasarkan kepada permintaan peminat.

“Lagu yang berulang-ulang itu adalah berdasarkan kepada permintaan peminat di facebook yang kami tunaikan namun ia bukan dimainkan dalam kadar masa yang pendek tetapi dimainkan dalam empat jam atau lebih selepas lagu itu dimainkan jika ada permintaan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan