Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Kupi-kupi fm’ bermula dengan biji getah

1:23pm 11/01/2016 Leolerry Lajius 406 views Hiburan,Tempatan

IMG_20160111_131533

KOTA KINABALU: Stesen Radio Kupi-kupi Fm bermula dengan program Center for Strategic Engagement (CENSE) sebuah badan penyelidikan swasta yang menggerakkan Operasi Tataba di Sabah.

Projek Tataba di bawah pelaksanaan beberapa individu telah membuat pengagihan anak getah bermutu tinggi dan tunas kelapa sawit kepada lebih 400,000 orang penduduk yang tinggal jauh di pedalaman.

Bagi menjangkau lebih jauh ke padalaman dan mencari cara baru menyatukan masyarakat selepas mengambil kira dari aspek kos dan mempunyai impak yang meluas maka lahirlah Stesen Radio komuniti Kupi-kupi fm yang telah memulakan siaran percubaannya sejak 1 October tahun lalu.

Diterajui oleh sekumpulan anak  muda Sabah yang penuh dengan azam dan semangat, stesen ini menghidangkan para pendengar dengan berita, maklumat berguna dan idea baru ke arah membentuk dan memperkukuhkan identiti mereka secara bersama.

Menurut Pengurus Rancangan Kupi-kupi Fm Lester Calvin Miol, stesen radio ini turut menyajikan pelbagai rancangan bagi para pendengar termasuk hiburan, adat resam, perkembangan isu semasa, kesihatan dan juga pertanian.

“Buat sementara ini, Telekom Malaysia telah memperuntukkan Bukit Kratong sebagai lokasi pemancaran membolehkan liputan dari Kuala Penyu ke Kota Belud,” katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan