Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kuota diesel setiap stesen minyak akan ditentukan KPDNKK- KSU

diesel

KOTA KINABALU: Mulai 1 Ogos ini, kuota diesel bagi setiap stesen minyak di seluruh negara akan ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri masing-masing.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata ia adalah empat daripada fokus utama yang diberi penekanan oleh kementeriannya dalam usaha mengekang masalah penyelewengan minyak subsidi di negara ini.

“Pada masa sekarang, kuota ditetapkan oleh syarikat minyak. Kita mendapati cara ini lebih berkesan kerana jika kementerian yang menetapkan kuota, kita juga yang akan melakukan penguatkuasaan.

“Menerusi cara ini, kita lebih mudah memantau mereka (stesen minyak) terbabit,” katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Alias berkata, semua stesen minyak juga diwajibkan memberi laporan bulanan mengenai penjualan diesel dan RON95 kepada kementerian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan