Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kuota 50 metrik tan beras padi nasional tidak cukup

Zubir Zabidi ketika berucap semasa Mesyuarat Agung Tahunan PPK Penampang.
James (kanan, duduk) semasa perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Penampang.

PENAMPANG – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penampang memperolehi anjakan pendapatan sebanyak RM704,407 pada tahun lalu hasil Projek Pemasaran Beras Nasional.

Pertubuhan itu yang mendapat tambahan kuota 50 metrik tan daripada 30 metrik tan beras padi nasional daripada kerajaan sebelum ini ternyata telah memberikan peluang perniagaan kepada ahli PPK Penampang.

Sehubungan itu, Pengerusinya, James Kenson mengesyorkan kesemua ahli peladang segera mendapatkan Lesen Runcit Beras bagi membolehkan mereka menceburi perniagaan tersebut, sekaligus membantu meningkatkan hasil pendapatan masing-masing.

“Kami juga berharap agar kerajaan mempertimbangkan kuota beras padi nasional ke 100 metrik tan untuk menampung permintaan orang ramai khususnya para ahli peladang yang berpendapatan rendah kerana 50 metrik tan ketika ini tidak mencukupi,” katanya ketika berucap sempena Mesyuarat Agung Tahunan PPK Penampang di Dewan Kinsabina, di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau memberitahu PPK Penampang kini memiliki bangunan kedai tiga tingkat untuk disewa hasil daripada penyerahan lot tanah mereka kepada pemaju beberapa tahun lalu.

Beliau menjelaskan, hasil sewa bangunan itu telah menyumbang pendapatan sebanyak RM135,300 kepada PPK Penampang pada tahun lalu.

“Kita berharap untuk mengulangi peningkatkan pendapatan tahun hadapan dengan adanya penyerahan satu lagi lot bangunan daripada pemaju hasil sewaan bangunan ini selama 10 kepada pemaju untuk membayar premium dan perjanjian inni akan berakhir pada 2016.

“Selain itu, kita juga berhasrat untuk membuat pelaburan pembelian satu lagi lot kedai di kawasan Penampang bagi tujuan menambah aset PPK Penampang yang dijangka mampu menyumbang pendapatan, namun ia tertakluk kepada kelulusan pihak pendaftar,” ujarnya.

Mengenai perancangan masa hadapan buat ahlinya, james berkata, mereka merancang untuk mewujudkan perkhidmatan dari segi pelbagai kemudahan dan bantuan kepada para ahli PPK Penampang.

Katanya, tahun lalu, kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyalurkan peruntukan sebanyak RM115,000 bagi Projek Tanaman Padi Luar Jelapang dengan kelausan 50 hektar untuk empat orang pengusaha di kawasan Tutuvon Satu dan Dua.

Projek ini, jelas beliau lagi, bertujuan menariktaraf perparitan, perataan dan pengapuran manakala jumlah peruntukan sama tahun ini melibatkan 50 pengusaha di Tarawi dan Kodundungan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan