Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kuota 30 peratus calon BN PRU14 untuk wanita

9:13pm 09/02/2016 Ann Vivien 49 views Politik
 Azizah (tengah) bersama vip yang hadir melaksana upacara wesang sebelum jamuan tengah hari bermula

Azizah (tengah) bersama vip yang hadir melaksana upacara Lau Sang  sebelum jamuan tengah hari bermula

KENINGAU: Wanita Barisan Nasional (BN)  Sabah berharap diberi sekurang-kurang kouta 30 peratus golongan wanita untuk menjadi calon BN pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Naib Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun berkata, ini adalah perjuangan wanita BN selama ini.

Katanya, wanita BN tetap memperjuangkan agar kouta sekurang-kurangnya 30 peratus wanita menjadi calon pada PRU14 kerana ia adalah perjuangan yang sudah lama.

“Kita juga minta kalau diberi kouta itu, pastikan kawasan itu boleh menang bagi memboleh wanita yang bakal menjadi calon menang dan turut sama dalam membuat keputusan dasar-dasar kerajaan” katanya dalam sidang media sempena lawatan kerjanya kepada Wanita Komponen BN P.182 Pensiangan di hotel perkasa di sini pada Selasa.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata, walaupun wanita BN tidak menetapkan kawasan-kawasan yang ditandingi tetapi permintaan untuk mendapat sekurang-kurangnya 30 peratus adalah calon wanita pada PRU 14 adalah agenda yang diperjuangkan.

“Kita dipihak wanita BN akan terus memperjuangkannya selagi kouta sekurang-kurangnya 30 peratus ini tidak dapat dicapai”.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan