Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kunjungan Pengerusi Lembaga Nenas

IMG_0564 Nanas
ERATKAN HUBUNGAN….Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (empat dari kanan) menerima cenderamata berupa produk hiliran nanas daripada Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Malaysia Pineapple Industry Board (MPIB)), Datuk Samsolbari Jamali (empat dari kiri) dan pegawai kanan lembaga itu setelah menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut Samsolbari, MPIB berhasrat mengembangkan sayapnya ke negeri Sabah agar lebih banyak program bimbingan dan bantuan dapat disalurkan kepada pekebun kecil nanas di Sabah.

Selain Semenanjung Malaysia, MPIB telah menubuhkan pejabatnya di negeri Sarawak.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Musbah Haji Jamli, Pengarah Bahagian Perlesenan dan Inspektorat MPIB, Mohd.Khairuzamri M.Salleh, Pegawai Khas Ketua Pengarah, Muhammad Fauzan Mohd, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, Ahmad Fitri Shah Mohd.Yussof, Pegawai Perhubungan Awam, Elmi Adha Ismail dan Pengarah Wilayah Zon Sarawak, Mohd.Suffian Sahmat.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan