Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kunjungan Mardi

kunjungan

KUNJUNGAN…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan International Institute of Plantation Management (IIPM) Encik Halid Hasbullah Boestamam dan Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Cawangan Sabah, Haji Sadi Sujang di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah,Kota Kinabalu, hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri diberi taklimat mengenai “The 1st National Plantation Industry Conference and Exhibition (NAPiCE 2015) yang akan diadakan pada 28-29 September 2015 di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu.

Fokus konferens kali ini adalah mengenai padi dan beras negara dengan tema “Rice Industry Towards 100% SSL”. Seramai 300 peserta dijangka menyertai persidangan tersebut.

Yahya juga akan menjadi tetamu kehormat untuk majlis makan malam sempena persidangan itu.

Kelihatan, Yahya menerima risalah persidangan daripada Halid, sambil diperhatikan oleh Sadi.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan