Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kunci motosikal ‘tercacak’ di kepala

Kunci motosikal menembusi kepala ramaa dapat dikeluarkan oleh pakar bedah saraf dalam pembedahan lebih tiga jam. Foto Goal Post Medias/SWNS

 

SEORANG remaja nyaris maut apabila kunci motosikal terpacak di kepala sehingga ke bahagian otak selepas terbabit dalam satu pergaduhan di negeri Maharashtra, India, minggu lalu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 19 tahun terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam setengah untuk mengeluarkan kunci yang tertusuk hampir lima sentimeter (cm).

Dia yang dirawat di Hospital Anand Rishi itu menjalani pembedahan kraniotomi iaitu doktor mengeluarkan sebahagian kecil tulang tengkorak sebelum kunci dikeluarkan.

Pakar bedah saraf, Dr Shailendra Uttamrao Markad berkata, mangsa boleh maut sekiranya berlaku pendarahan dalaman 

“Ketika terbabit dalam pergaduhan di kampungnya, remaja itu diserang hingga kunci motosikal tertusuk ke dalam kepalanya dalam kejadian 18 April, kira-kira jam 11 pagi.

“Dia dihantar ke hospital sebagai pesakit luar dan selepas melihat laporan imbasannya, kami melakukan pembedahan pada hari sama,” katanya. – DailyMail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan