Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kumpulan Yayasan Sabah beri bantuan one-off kepada 200 pelajar

1:51pm 21/05/2016 Leolerry Lajius 144 views Pendidikan,Tempatan

 

Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan, Ronald Piat pelajar semester pertama Sidma Kolej sempena majlis berkenaan.

Sapawi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan, Ronald Piat pelajar semester pertama Sidma Kolej sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU:Seramai 200 orang pelajar terpilih menerima bantuan one-off yang disumbangkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah bagi meringankan beban yang ditanggung mereka untuk melanjutkan pelajaran.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi bin Hj. Ahmad berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar terpilih yang mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Setiap pelajar menerima RM500.00 dan bantuan ini diberikan hanya sekali sahaja bagi meringankan beban yang ditanggung mereka untuk melanjutkan pelajaran,”katanya ketika berucap sempena Karnival Pendidikan Kumpulan  Yayasan Sabah siri ke-2, di perkarangan Menara Tun Mustapha, hari ini.

Beliau turut menyatakan, selaras dengan visi Yayasan Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah akan memberi pengampunan kepada peminjam-peminjam ingkar yang mempunyai pinjaman tertunggak.

“Para peminjam Yayasan Sabah yang datang pada hari karnival ini akan dibantu oleh para pegawai Seksyen Pembayaran Balik untuk mencari penyelesaian baki bayaran balik pinjaman.”

“Jawatankuasa Kerja Pendidikan Yayasan Sabah juga telah meluluskan rebat 20 peratus dari jumlah baki pinjaman kepada peminjam Yayasan Sabah yang membuat pembayaran sepanjang hari karnival ini berlangsung,”katanya.

Karnival yang akan berlangsung hingga 23 Mei ini juga turut diisi dengan pelbagai pengisian seperti seminar pelajar, persembahan artis dan juga turut dimeriahkan dengan aktiviti sukaneka serta cabutan tiket bertuah. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan