Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kumpulan Yayasan Sabah Anjur Sukan PESAYA November

yayasan-sabah

KOTA KINABALU : Kumpulan Yayasan Sabah akan menganjurkan Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia atau PESAYA ke-12 di Kota Kinabalu November depan.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata dua belas Yayasan Negeri di Malaysia akan menyertai sukan itu termasuk Yayasan Pahang, Yayasan Kelantan Darulnaim, Yayasan Islam Negeri Kedah, Yayasan Wilayah Persekutuan, Yayasan Selangor, Yayasan Melaka, Yayasan Sarawak, Yayasan Negeri Sembilan, Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Terengganu, Yayasan Perak selain Kumpulan Yayasan Sabah.

“PESAYA ke-12 merupakan sebahagian daripada program kami bersempena Ulang Tahun ke-50 Yayasan Sabah yang akan berlangsung pada Mei,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

PESAYA ke-12 akan berlangsyung dari 11 hingga 18 November, di Kompleks Sukan Tun Adnan.

Kira-kira 800 atlet dan pegawai dijangka mengambil bahagian dalam 12 disiplin termasuk bola sepak, badminton, golf, bola tampar, boling, petanque, futsal, ping pong, sepak takraw, bola jaring, dart dan karom.

PESAYA mula dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah pada 1990.

Acara sukan itu akhir sekali diadakan di Johor pada 2013.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan