Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kumpulan Tarian Maktab Sabah menang emas dalam Bloch Dance World Cup Jersey

10:34am 05/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 262 views Tempatan
KENANGAN... Para penari Maktab Sabah, Noreba (dua dari kiri) Lyea (tiga dari kiri) Nurazira (empat dari kiri) Nurazra (tiga dari kanan) disambut oleh Umin (dua dari kanan), Fatimah (lima dari kiri) dan Hajah Nuinda (empat dari kanan) di KKIA, disini, semalam.

KENANGAN… Para penari Maktab Sabah, Noreba (dua dari kiri) Lyea (tiga dari kiri) Nurazira (empat dari kiri) Nurazra (tiga dari kanan) disambut oleh Umin (dua dari kanan), Fatimah (lima dari kiri) dan Hajah Nuinda (empat dari kanan) di KKIA, disini, semalam.

KOTA KINABALU- Empat pelajar Maktab Sabah berjaya menggondol dua pingat emas dan satu pingat gangsa sekaligus mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan tarian peringkat dunia- Bloch Dance World Cup Jersey 2016 yang diadakan di Fort Regent Centre, St.Helier Jersey Island,United Kingdom (UK).

Pelajar tersebut adalah Noreba Natasya Saibi yang memenangi pingat emas dalam kategori “junior solo national dance”. Noreba dan tiga rakannya yang lain iaitu Nurazra Munirah Rizalman, Nurazira Daris dan Lyea Sarah Raslin turut memenangi emas dalam kategoti “junior quartet national dance”.

Selain itu, Nurazra, Nurazira dan Lyea turut memenangi pingat gangsa dalam kategori “junior trio national dance”. Pertandingan itu diadakan selama enam hari bermula 25 Jun hingga 2 Julai lalu.

Ketibaan penari Maktab Sabah ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu,Umin Haji Sadi, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maktab Sabah, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor dan Guru Besar Cemerlang, Hajah Nuinda Alias.

Menurut pelajar tersebut, cabaran utama yang mereka hadapi semasa menyertai pertandingan itu ialah keadaan cuaca yang sejuk disamping berpuasa kerana bulan Ramadhan.

Mereka mengakui, keunikan pakaian tradisional yang dipakai, disamping persembahan yang mantap telah menyumbang kepada kemenangan mereka.

Fatimah ketika ditemui melahirkan rasa bangga kerana pelajar Maktab Sabah berjaya cemerlang dengan memenangi pingat emas dalam pertandingan tarian bertaraf dunia.

Katanya, PIBG akan terus memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah untuk menghantar pelajar menyertai pertandingan yang serupa pada tahun hadapan yang dijangka akan diadakan di negara German.

Menurut Nuinda, ini merupakan tahun ke-6 berturut-turut pelajar Maktab Sabah menggondol pingat emas dalam pertandingan berkenaan.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan